20140520

Bebel pagi Selasa

Assalammualaikum,

hai!!!  pagi ni Hfiy tak meragam
semalam walid dah beri amaran kalau keluar kereta menangis
tak yah pergi sekolah langsung
nanti walid berhentikan sekolah boleh pergi kerja dengan auntie
duduk asrama dengan orang2 Indon
erk!!!  ngeri
terus tak nangis lagi pagi nih...alhamdulillah
siap boleh senyum2 lagi masa lambai2 umi
saja je tu nak sedapkan hati...padahal kalau tengok mata
mesti dah merah tu...tunjuk macho and cool lah tu

this week anak2 umi dah start exam untuk subjek diniyah
kalau diniyah tak perlu risaukan Aisy 
bab membaca dan menghafal bagi kat dia
sebijik2 dia boleh baca balik apa yang ada dalam buku tu
takut umi!!!
dulu masa kat Uitm Shah Alam umi ada kawan yang macam tu
kalau nak masuk dewan exam jangan lah duk dekat dengan dia
nanti mesti dia akan tanya pasal definisi tu lah ini lah
bila umi kata tak ingat or tak tau
sebijik2 dia akan keluarkan balik apa yang dia baca
tak tinggal satu perkataan pun tau!!!
huwa....!!!  nanes kat situ juga
dia grad pun 3pointer gitu...huhuhu
ok...berbalik citer pasal anak2 umi
kalau subjek diniyah umi akan risaukan Hfiy
walaupun markah dia tak lah teruk sangat
tapi, kalau tanya budak lain ada dapat 100% tak?
ada...kenapa adik tak dapat 100%
kejam mak kau nih!!!  terkebil2 dia tengok umi
tak mampu nak jawab soalan mak dia yang garang nih

hari ni subjek bahasa arab dan jawi
puaslah suruh dia menghafal nombor dalam bahasa arab
1 sampai 10 memang lepas
start 11 dia dah tak leh nak jawab
terus paksa hafal dari 11 sampai 40
Aisy tolong ajar Hfiy cam ner trick nak menghafal
sebelum tidur Hfiy dah hafal semuanya
alhamdulillah
serius malam tadi Hfiy tidur awal
penat kot sebab kena paksa menghafal dan buat latihan
dua2 anak umi ada masalah yang sama
tak pandai nak mencantumkan huruf jawi
soalan periksa akan keluarkan cantumkan huruf jawi
alahai tak tau camner nak describe
tapi, umi selalu pesan kat anak2 umi 
cantumkan je huruf tu selagi boleh cantum
kalau dah cantum dia jadi huruf lain
maksudnya tak leh cantum
harap2 Hfiy fahamlah maksud umi
umi kau ni tak reti nak mengajar
cara cam tu lah yang paling senang kot nak bagi anak2 paham

malam tadi sambil menggosok baju sambil tengok Hfiy buat latihan
jangan nak melawan banyak sangat 
nanti umi naik hangin...umi sterika kau pulak
tak de lah...tak kan lah umi sekejam tu kan???
umi ni cakap je!!!  buatnya tak
nak rotan anak pun...main libas2...entah apa yang dilibas pun tak tau
tapi, kalau tangan ni...memang cepat sikit naik!!!
lepas tu bila tangan rasa sakit barulah rasa menyesal
sebab kalau tangan kita sakit...mesti anak kita pun sakit kan???
tapi, sekarang ni memang tak lah nak pukul2 lagi
dah besar...tinggi kan suara sikit 
dorang dah faham yang umi dorang ni tengah marah
nak membebel banyak2 pun dah malas dah penat dah

rutin harian masih lagi sama
belum lagi lah dapat berehat2 di rumah
yang tu tunggu pencen kot tak pun kalau dapat berpantang
huhuhu...setakat ni belum ada rezeki
kalau walid bebel pasal rumah bersepah
kengkadang tu geram jugak kan
umi ni bukannya full time housewife
tak mampulah nak mop rumah setiap hari
tak mampu juga nak kemas satu rumah tu setiap hari
balik rumah dapat masak untuk makan malam 
dan cuci baju pun dah besar rahmat
tu tak termasuk kemas dapur dan menyapu
kalau iron baju pukul 9.30mlm baru dapat duduk
kalau dikira bukan umi lah...tapi, wanita berkerjaya
paling kurang pun 15jam satu hari dorang buat kerja
termasuk di opis dan di rumah
bayangkan peranan wanita dalam kehidupan seharian???

ni lagi satu yang umi marah
pernahlah dengar kat radio
issue pasal wanita dan kerjaya
ada sorang caller ni cakap
ibu yang bekerja sebab nak mengelak dari menjaga anak di rumah
halloooo!!!  bukan semua wanita / ibu banyak duit macam awak tau!!!
juga bukan macam awak yang dapat suami yang kaya
kami ni ibu2 yang berkerja sebab nak menambahkan pendapatan keluarga
nak membantu suami untuk meneruskan kelangsungan hidup
cakap ikut sedap mulut dia ajer
kalau nak diikutkan mana ada ibu2 yang sanggup nak hantar anak2 ke rumah pengasuh
kalau boleh semua nak jaga sendiri dan asuh sendiri kat rumah
apatah lagi  sekarang ni macam2 kes yang berlaku di rumah penjaga
memang rase horrror!!!
pastu nak beza kan pulak dengan ibu2 zaman dulu yang boleh masak setiap hari untuk keluarga
hurm,,,,  ibu2 zaman dulu berapa orang sangat yang keluar bekerja kan???
ibu2 sekarang...100orang sorang je kot yang tak bekerja
melampaulah kalau surirumah sepenuh masa 
tapi, tak mo masak untuk keluarga
isk3...macam2...walau apa pun buatlah yang terbaik untuk keluarga

orait...dah habis bebel tak tau apa nak bebel lagi dah
nak samung buat kerja yang tak pernah habis
ada lagi few days nak siapkan kerja
diharap dapat digunakan sepenuhnya
umi doakan yang terbaik untuk semua
doa juga kesejahteraan dan keberkatan 
dan dipermudahkan segala urusan
jom berzikir!!!





No comments: