20140509

Hfiy Lagi...

Assalammualaikum,

tengahari tadi Aisy call minta umi amik Hfiy sebab dia tak nak masuk kelas tahfiz
aduh!!!  pitam mak kau nak
semalam umi cuti celebrate anniversary lah kononnya (nanti kalau rajin umi citer lah ye)
jadi hari ni tentunya banyak kerja
lagipun nak amik anak2 mcam lah mak kau ni pandai na bawa kereta
jalan kaki boleh lah nak
anak2 umi ni memang suka suki dorang je nak pinjam hp ustazah2 dorang
telefon opis pun selamba je dorang guna (dengan kebenaran lah)
jadi kena lah pujuk Hfiy supayan pergi kelas tahfiz
dari malam tadi dia tak nak pergi kelas tahfiz
semenjak ustazah dorang separate kan kelas ni
Aisy kelas lain...Hfiy kelas lain
start tu lah dia selalu je mengadu tak nak pergi kelas tahfiz
Aisy dengan Hfiy memang berbeza
Aisy bab menghafal bagi lah kat dia...every single word dia boleh hafal
Hfiy bab2 menghafal dia slow sikit
kelas tahfiz kan kena banyak menghafal
jadi bila dia slow sikit menghafal ustazah dia macam marah sikit lah
Hfiy tu kan manja...nampak je ganas tapi, dalam hati ada taman
Aisy nampak je lembut...tapi, jangan ada orang usik dia
sekejap je tangan dia naik
hurm...tak kan lah umi nak minta ustazah dia tukarkan kelas sama dengan Aisy
nanti sampai bila2 dia tak berdikari
Aisy tu bukan selamanya akan sekolah kat situ kan???
naik sekolah menengah kena dok asing2 gak 
hurm,,, kena support dia...kena ajar dia how to menghafal
supaya dia rasa selesa bila pergi kelas tahfiz
Aisy n umi pun ada beritahu...kalau belum hafal
cakap je lah belum hafal
Hfiy ni susah kot nak cakap tidak
communication dia pun susah sikit kan
dia banyak diam dan tak suka nak bercakap sangat
huh!!!  pening gak nih...


No comments: