alhamdulillah...sekarang ni mood untuk memasak dah ada
last week seminggu demam...seminggu melayan perasaan
tak de selera nak makan apa pun
lebih banyak tapau makanan di luar dari masak sendiri kat rumah
tak kan nak suruh walid masak kan??? kesian lak
anak2 lagi kesian...have to makan apa yang walid hidang
tapi, alhamdulillah juga dapat anak2 yang tak cerewet makan
cerewet gak lah sebenarnya...tapi, bila dah tengok umi tak sihat
nak bangun pun tak larat...anak2 pun faham
tolong walid kat dapur setiap kali dah tiba waktu makan
tolong senduk kan nasi, amik kan air
dah lepas makan tolong walid kemas meja
tolong walid cuci pinggan...alololo...sayang kat anak2
tapi, bila umi dah sihat...eh!!! umi sensorang je kat dapur
tak tolong pun??? ooooohhhh...bayar balik ye
semalam,,, umi masak ikan cencaru bakar
gambar ni lah puncanya
kawan umi boleh lak share kat fb
nampak????? *ikutstyleKEsebut* air asam tu
berkecur ayaq liuq
tau je lah...peti sejuk kat umah umi
dah takde apa...yang ada ayam dan ikan cencaru
ikan cencaru pun comey2...besar tangan anak2 umi
ada 4ekor...jadilah nak...sorang sekor ye
jangan gaduh2 tau!!!
ikan cencaru memang kena cicah air asam
sebab kengkadang kan rasa hanyir dia boleh tahan gak
bila dah meratah tu kan...kembang je kat tekak
jadi, bila cicah dengan air asam...boleh lah potong sikit rasa hanyir tu
tapi, memang tak sangka
habis licin ikan tu anak2 kerjakan
dengan air asam tu sekali licin
memang puashati lah masak bila anak2 suka makan
hari sebelum tu dah masak sambal udang
jadi, jom kita panaskan ajer
rebus kobis...nampaknya umi sorang je yang makan kobis
walid tak suka kobis rebus...anak2 memang tak makan sayur
last Sunday walid bawak umi pergi kedai sayur kat pasar tu
walid memang tak benarkan anak2 pergi pasar
jadi,,, kalau ke pasar memang umi dan anak2 akan duduk kat dalam kereta
since, kedai sayur tu di bangunan lain
kira kedai yang tak attach dengan pasar
dan kedai tu pun nampak bersih
so - approve lah untuk bawa anak2
umi ni kan memang pencinta sayur
tak boleh nampak sayur
kalau boleh semua umi nak amik
tapi, faham2 je lah kan...sayur...tahan lama mana pun
seminggu je kot,,,
umi beli tempe (tak semua orang kot tau makan tempe)
sayur petola dan petai
petai tu dah selamat dah walid masak hari Ahad lepas
sambal petai campur ikan bilis memang kegemaran walid
dan anak2 juga...umi??? layankan ajer
tempe tu umi masak lemak putih
campur dengan sayur petola...kobis...suhun
nak bagi color lagi...potong kan cili merah
cantik kan??? ada putih, hijau, merah
umi suka masakan yang color2 meriah ni
umi nak share tips kat anda semua
especially, kepada ibu2 yang bekerjaya
memang penat kan??? bila sibuk di pejabat
dan balik rumah pulak sibuk dengan kerja2 rumah
tak boleh nak elak
tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilunaskan
jadi,,, kalau anda nak lebih masa untuk berehat
apa yang pratikkan adalah
umi akan masak main dish dengan kuantiti yang banyak
contohnya : kalau masak kari ayam umi akan masak lebih
untuk dua hari
jadi bila dah siap masak...asingkan siap2 dalam bekas
dan terus simpan kat dalam peti sejuk (pastikan masakan dah sejuk dulu ye)
jadi,,, begitu juga kalau buat sambal
umi akan buat lebih...satu bekas untuk next day
next day tu balik kerja keluarkan bekas dari peti sejuk
goreng ikan ke ikan bilis ke
dah jadi sambal ikan or sambal ikan bilis
untuk additional boleh lah goreng sayur ke
goreng telur dadar ke or ikan masin kan???
sebab umi akan pastikan umi memasak di dapur 1/2 jam sahaja
kalau tak...memang tak de masa untuk rehat
bukan takde masa lah...kurang masa untuk rehat
dan lagi satu tips untuk penjimatan masa
umi akan keluarkan ikan / ayam / sotong / udang dari peti beku
pada waktu pagi...masuk dapur pagi untuk prepare breakfast
teruslah keluarkan apa yang kita nak masak untuk petang tu
tak perlu keluarkan dari peti sejuk
hanya turunkan dari ruang beku ke ruang bawah tu je
bila kita balik waktu petang...ikan yang kita turunkan dah tak beku lagi
rendak sekejap then, dah boleh masak
jimat masa kan???
cuba lah...kalau anda ada tips yang boleh dikongsikan
boleh je share dengan umi dan reader lain
sharing is caring
bubbye
happy weekend
hati berdebar2 sebab esok anak2 ada
majlis graduasi dan kecemerlangan pelajar
huhuhu
No comments:
Post a Comment