20141121

Let It Go!!!

Assalammualaikum,

salam hari Jumaat
Saiyidul Ayyam
Penghulu Segala Hari
semoga hari ini menjadi hari yang terbaik untuk semua
dan dipermudahkan segala urusan

hari ni umi nak share satu cerita
cerita penyakit hati
pernah tak anda semua rasa marah dan sakit hati pada seseorang
mesti pernah kan???
umi marah sebenarnya kat seseorang
seseorang yang pernah kami tolong kerana kesusahan
end up...dia macam lupa diri
yang kami pernah tolong dia
bukan nak ungkit...tapi, boleh tak...hurm,,,
cam ne nak cakap ye...
ok,,, lupakan kebaikan yang pernah kita buat pada orang

apa yang umi nak beritahu adalah
budi bahasa...sebagai orang Islam...orang Melayu dan orang Malaysia
yang kaya dengan budi bahasa
mestilah kita kena berbahasa kan???
lebih2 lagi pada orang yang memberi
tapi, kat mana sebuah harga diri 
kalau kita tak reti berbudi bahasa

mak kata kalau kita benci atau marahkan seseorang
cuba kita duduk dan fikir kebaikan yang dia pernah lakukan untuk kita
"mak,,, takde satu pun kebaikan dia mak"
cam ne???
hurm,,, jadi umi pun terfikir yang mungkin umi pernah lakukan perkara yang sama pada orang lain
dan ALLAH sedang menghantar message pada umi
supaya umi rasa perasaan orang yang umi pernah sakiti
kadang2 kita tak sedarkan???
kita ingat,,, kita buat betul...tapi, sebenarnya tak
same goes to this 'guy'
ya itulah sebenarnya

sekarang ni umi sedang bermuhasabah diri
kengkadang marah kat orang, or ada perasaan benci pada orang
dan umi akan cakap pada diri sendiri
"siapa umi nak marah kat orang,,, sapa umi nak benci kat orang???"
ha???  sapa kau nak marah2 orang ni???  sapa???
kalau ALLAH benci kat kita macamana???
tiba2 terdetik kat hati umi...dan umi terdiam
siapa kita...??? hamba ALLAH macam orang yang kita marah
dia pun makhluk ALLAH juga...kenapa perlu benci dia???
benci makhluk ALLAH seperti benci diri sendiri
seperti benci ALLAH...nauzubillahuminzalik
"ya ALLAH...ampunkan lah dosa ku"

siapa kita untuk tak memaafkan orang lain kan???
setiap orang pernah melakukan kesilapan
walid kata "kalau ALLAH tak maafkan kita...macamana??? ALLAH maha pengampun...kita siapa untuk tak maafkan orang lain?"
perasaan tu semua bercampur aduk dalam fikiran umi
semuanya negatif...EGO
konon kitalah yang paling baik
puiiii!!!...baik sangat lah kita ni

hari ni,,, sempena hari Jumaat
umi dah melakukan satu kebaikan
kebaikan yang sangat kecil
dan umi telah lakukan 
umi dah tolong that 'guy'
dengan penuh rasa senang hati
tau tak???  nak tau tak apa perasaan umi selepas itu???
ketenangan...ketenangan yang tak mampu umi nak ungkapkan
perasaan benci, marah semuanya hilang
hei!!!  tau tak kenapa kita sakit???
sebab ada perasaan negatif dalam diri kita
perasaan benci dan marah
buang perasaan tu...maafkan semua orang
dan ALLAH akan campakkan benih kasih sayang dalam hati kita

sekarang umi mampu tersenyum
walid kata "kalau kita tak nak tolong orang...ALLAH tak akan tolong kita, kalau kita permudahkan urusan orang lain...ALLAH akan permudahkan urusan kita...biarlah orang tu hidup macam tu...kita doakan ALLAH beri hidayah pada 'dia'...ALLAH dah kurniakan kita macam2...kita ada anak2 yang bijak...ALLAH beri kita rezeki yang secukupnya...ALLAH dah beri kita kesihatan, ada keluarga yang sentiasa membahagiakan...kita ada ALLAH"

jadi kawan2...tau kan apa yang umi cuba sampaikan
umi juga sedang belajar
sedang belajar untuk membuang segala perasaan negatif
bukan satu perkara mudah
jom kita sama2 cuba praktikkan
ALLAH sentiasa bersama kita
hanya padaNya kita memohon
insyaallah


salam sayang,
umi






No comments: