20120820

Golongan VIP di Akhirat : 2

Assalammualaikum,

REMAJA YANG MEMBESAR DALAM KETAATAN

Usia remaja amatlah mencabar.  Pelbagai pengaruh menghantui para remaja samada melalui rakan-rakan sebaya, media cetak, elektronik dan lain-lain.  Jiwa remaja sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya yang kelihatan menyeronokkan seperti mempunyai pasangan kekasih, merokok, merempit, berkaraoke dan pelbagai aktiviti yang ada kalanya menyebabkan kesan yang sangat negatif kepada masa depan mereka sendiri.  Walaubagaimanapun di celah-celah keributan gejalan sosial ini, masih ada remaja yang menjaga agama mereka.  Mereka berkawan, berseronok dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi.  Halal dan haram menjadi pertimbangan terpenting dalam kehidupan sehingga ada kalanya dipandang asing oleh rakan sebaya.  Mereka ini yakin dengan janji Rasulullah SAW bahawa naungan ALLAH sedang menanti di akhirat kelak sebagai ganjaran terhadap kekuatan 'antibodi' yang menepis segala pujuk rayu maksiat pada usia remajanya.

No comments: