20120808

Zakat

Assalammualaikum,

Kawan-kawan dah menunaikan zakat?

Zakat itu Rukun

"Daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda " Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan" (Al-Bukhari dan Muslim)

Zakat Membersihkan

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Sesungguhnya ALLAH telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta " Riwayat Bukhari.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : "Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya  sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikan sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah sunat yang lain" (Abu Daud).

Jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab anda... :)

No comments: