20120821

Golongan VIP di Akhirat : 3

Assalammualaikum,

PENCINTA MASJID

Sepanjang sejarah Islam, ada golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat di masjid.  Mereka sanggup berkorban apa sahaja yang dimiliki demi menghidupkan fungsi masjid di atas muka bumi ini.  Setiap kebaikan yang berlaku di masjid pasti menggembirakannya dan sebarang usaha atau tindakan untuk mengganggu institusi masjid bakal menyentap emosi mereka secara spontan.  Golongan ini mempunyai 5sifat sebagaimana firman ALLAH di dalam surah Al-Taubah, ayat 16 iaitu keimanan yang kukuh kepada ALLAH dan hari Akhirat, serta sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak pernah gerun di dalam menjalankan tanggungjawab agama, melainkan hanya kepada ALLAH.

No comments: