20120814

Dah Lama Tak Masak

Assalammualaikum,

Sejak tak de air ni...dah 3hari tak de air...
Umi pun tak masak...cam ne nak masak???
Air pun tak de...air yang ada dalam tu pun untuk minum je...
Itu pun untuk buat minuman panas...
Alhamdulillah juga masa nak beriftar di masjid
umi isi tong air tu...ada gak lah air untuk minum
Hari Ahad lepas buka puasa kat umah mak...
siap tapau nasi dan lauk pauk untuk sahur...
perangat lah nasi dan lauk pauk tu untuk dua hari...
Sampai dah tak larat nak makan lauk yang sama...

Hari ni, ada air ke...tak de air ke...
tak peduli...nak masak juga...
Tak larat dah nak makan beli...
Semalam pun berbuka puasa di luar...
umi makan bihun sup jek...tekak tak de selera sangat nak makan...

10hari terakhir Ramadhan tahun ini adalah yang paling mencabar sekali...
Selalu ingat dalam hati...ALLAH tidak akan menduga hambanya jika hambanya tidak mampu untuk melaluinya...
Hanya ALLAH sahaja yang tahu hikmah dan rahsia di sebalik semua kejadian ini...
ALLAH hendak menduga ketaatan dan ketabahan hambanya untuk terus bersujud padaNya...

No comments: