Assalammualaikum,
DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
Berkasih sayang adalah soal hati. Ia merupakan suatu perasaan yang tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat oleh seseorang. Setiap insan pasti ada orang yang dikasihinya samada ahli keluarga, sahabat handai atau pun tokoh yang dikagumi. Persoalannya, atas dasar apakah kasih sayang itu dibina? Sekiranya kerana wajah yang jelita, harta yang melimpah atau kepentingan-kepentingan duniawi yang lain, maka masih belum layak untuk mendapat naungan ALLAH di akhirat nanti. Perasaan mengasihi kerana ALLAH lahir apabila melihat seseorang yang sangat bersungguh di dalam mentaati ALLAH dalam segenap urusan hidupnya. Persahabatan terjalin sehingga menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan sesudah itu adalah untuk urusan agama.
No comments:
Post a Comment