Assalammualaikum,
Semalam berbuka puasa di luar...
Makan kurma dan kuih je...solat Maghrib...lepas tu baru kuar makan...
Walid makan nasi...umi makan bihun sup...
Aisy makan mee goreng mamak dan Hfiy makan nasi goreng kampung...
mamak kat kedai makan tu rajin pulak melayan Hfiy...
walid order teh tarik untuk Aisy...then, Hfiy kata "abang kita share ye"
terus mamak tu jawab..."share dengan saya nak tak?"
Hfiy senyum sampai kembang-kembang hidung...
then, mamak tu hantar dua gelas teh tarik tapi, air tak penuh...
"sekarang boleh share dengan saya?" mamak tu usik Hfiy...
Kalau pegi makan mesti ada je yang mengusik budak dua orang tu...
dulu masa Aisy umur dalam lebih kurang setahun...
Every Friday night mesti kuar makan kat kedai mamak...
Bila nak balik mesti Aisy dapat gula-gula...sampai umi dan walid cakap...
abang angkat Aisy...
Then, malam tadi...bila mamak tu nak kira...mamak tu boleh lak cakap
"Kira satu kali ke?"
"eh! tak de...kira lain-lain...ini dua orang budak rumah lain"
walid kalau tak menyakat orang tak boleh agaknya...
sampai budak lelaki dan perempuan kat meja sebelah tu tersengih-sengih...
mamak tu pun senyum...
mamak tu pun sengal...mestilah kira sekali...ingat Aisy dengan Hfiy tu anak sapa???
Aku kutip ke hapa???
No comments:
Post a Comment