20120819

Kenduri Doa Selamat

Assalammualaikum,

Kenduri doa selamat adalah satu tradisi turun temurun dari family sebelah abah umi...
Dulu arwah moyang dan atuk saudara sebelah abah...
kalau hari raya pertama...mesti akan buat kenduri doa selamat selepas solat sunat hari raya...
Memang meriahlah...bila dari moyang, atuk, pakcik, sepupu sampailah ke anak saudara...
Berkumpul di dalam satu rumah...missed so much!!!

Jadi, bila moyang dan atuk dah tak de...
Kiranya abahlah yang menjadi penyambung kepada tradisi tu...
Walaupun abah belum mampu mengumpul dari moyang abah belum jadi moyang...
insyaallah tahun depan dapat cicit pertama
Abah dapat kumpul sampai cucu je...belum cukup ramai..

Kalau dulu...arwah moyang or nenek akan masak tak semestinya ketupat or nasi himpit...
Moyang akan masak nasi...dengan kuah lemak / ikan goreng dan sayur...
Macam masakan tengahari...memang seronok...
Tapi, mak ubah sikit juadah tu...mak akan siapkan juadah hari raya untuk dihidangkan...
Perkara wajib adalah lontong kegemaran ramai!!! rendang dan kuah kacang...

Walau apa pun...hopefully, tradisi ni akan berterusan
insyaallah...

No comments: