20140724

Harapan

Assalammualaikum,

i hope another one week extra before hari raya
boleh tak???
sebab nak siapkan kerja
umi,,, tak habis2 fikir pasal kerja
ye la...raya akhir bulan...start keje balik 4 Aug
dengan salary staff dan salary pilot
huhuhu...dah terbayang that monday mesti rushing giler
mesti tak boleh senyum
hish!!!  tak nak fikir *pejampejammatagelenggelengkepala*

dengan rumah tak kemas apa2 pun
cookies dan kuih raya letak sana sini
adeh!!!  dah plan juga nak kemas rumah
dan tolong mak kemas rumah juga
mampu ke???
buat je lah mana yang terdaya kan

tak tau nak bebel apa lagi dah
sebab hari tu bual2 dengan walid
umi ingat ada lagi satu minggu before raya
lega sekejap
tapi, tiba2 walid kata hoi!!!  minggu ni lah raya
dan tak de lagi dah extra...huhuhu
terus rasa berpinar mata
sempat ke???  sempat ke???
harap2 semuanya ok
at least ada lagi hari ni dan esok untuk clearkan kerja kan??
insyaallah

untuk semua umi doakan yang terbaik
dipermudahkan segala urusan
dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH
amiin!!!

__________________________________________________________

macam biasa, nak order contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*





20140721

Salam Isnin

Assalammualaikum,

hurm,,, letih...pagi2 dah mengeluh
macam penat sangat lately nih...memikirkan pasal GAZA
pastu pasal MH17, dok pikir nasib mangsa2 dan keadaan keluarga mereka
tak pasal2 dah terlibat dengan pergolakan dorang kan???
macam lah umi pulak yang nak settle semua masalah tu
tapi, sebagai umat Islam...sebagai warganegara Malaysia sedikit sebanyak
menjentik emosi...memang tak mampu untuk jadi sebahagian daripada volunteer
tapi, mungkin mampu untuk memberi sumbangan,,, 
paling tidak pun panjatkan doa untuk mereka
both mangsa...teruskan berdoa
agar dipermudahkan segala urusan mereka
walau bagaimana pun keadaannya,,,  
ya ALLAH tolong jaga aib mereka
DOA ADALAH SENJATA ORANG ISLAM!!!

monday blues...
five more days to go
bukan kira berapa hari lagi nak raya ye
tapi, kira berapa hari lagi yang tinggal untuk menyiapkan kerja yang ada
kena pulun habis2an untuk cuti dan rehat yang panjang
bak kata ms manager...cuti raya adalah untuk recharge energy
ye ke boleh recharge energy...or lebih banyak energy dikeluarkan
whatever lah!!!  yang penting sebelum mood2 cuti
mood2 raya datang baik siapkan kerja yang ada
bila balik cuti nanti takde lah kelam kabut
dan muka tak boleh nak senyum

now nak teruskan kerja
nak siapkan apa yang patut
dan siapa yang nak order
esok last post untuk dapatkan barang sebelum cuti hari raya
kalau lepas 22 Julai 2014 akan dapat selepas hari raya
cuti raya???  ikut kalendar lah
then, dah boleh order macam biasa

doa untuk semua semoga hari ni menjadi hari yang terbaik
dan lebih baik dari semalam
dipermudahkan segala urusan
dilindungi oleh ALLAH dan hidup diberkati olehNya
dimurahkan rezeki...insyaallah


p/s : ubat yang paling mujarab untuk semua penyakit adalah bersedekah...kerana dengan bersedekah kita akan menjadi lebih tenang dan dihilangkan perasaan hati...bersedekahlah walaupun hanya dengan sebuah senyuman :)

__________________________________________________________

macam biasa, nak order contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*


20140718

Pengumuman!!!


Assalammualaikum,

kepada yang masih lagi berhajat nak order 
ALIFAH KOPI HERBA
NU PREP
BEG BUNJUT
harap maklum pada notis di atas
terima kasih

__________________________________________________________

macam biasa, nak order contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*


Tragedi Lagi...

Assalammualaikum,

ALLAHUAKBAR...
lagi berita sedih


Takziah dan Al - Fatihah untuk keluarga mangsa
semoga tabah menghadapi ketentuan ALLAH


20140717

Alhamdulillah, syukur...

Assalammualaikum,

semalam kan umi ada bagi tau yang umi sakit pinggang kan???
masa berbuka, ambil sebiji NU PREP
selepas terawih ambil segelas ALIFAH KOPI HERBA
alhamdulillah...bangun sahur pagi tadi dah tak rasa pun sakit tu
syukur pada ALLAH yang maha penyembuh
amiin...

Syukur juga dengan rezeki yang ALLAH kurniakan 
amiin...


__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*



20140716

NU PREP - Testimoni 1

Assalammualaikum,

hai semua!!!  apa kabar???  hopefully sihat di dalam menjalankan ibadat puasa
oh!!!  umi sakit pinggang, petang ni kena amik extra Nu Prep
huhuhuhu

sebiji Nu - Prep sewaktu berbuka puasa dan sahur
insyaallah dapat melegakan urat2 yang tergeliat

kali ni umi nak share sendiri pengalaman umi amik Nu - Prep ni
umi citer dulu lah ye...background tempat kerja lama umi
tempat keje umi dulu company memang tak besar
jadi, staf tak ramai...tapi, bos umi semua benda dia nak buat
workshop, insurance claim bukan je lori, kereta pun dia pulun
jadi bayangkan workload umi dulu macamana???
masuk kerja pukul 8.30am - 5pm...tapi, tak pernah dapat balik awal
paling awal pukul 6pm...tapi, selalunya pukul 7pm baru balik
lepas tu kelam kabut nak solat Asar lah...nak masak untuk makan malam
then, nak settlekan baju...Aisy masa tu kecik lagi,,,
memang stress lah masa tu
selalu memang berusaha untuk balik awal
umi akan pastikan pukul 6pm umi dah keluar opis
tapi, itu pun selalu tak larat nak buat kerja
selalu je minta excuse tak nak masak untuk makan malam
alhamdulillah masa tu duduk dengan mak
jadi, makan je lah apa yang mak masak
syukur sangat yang walid tak cerewet,,, tapi, tau lah bila walid makan sikit tu apa maknanya kan???
so - again...sebenarnya, walid dah duluan amik Nu - Prep ni
cuma suka2 hati nak makan atau tak...kira tak cosistent lah
lastly,,, bila badan dah tak larat sangat
umi decide untuk amik juga Nu Prep ni
nama je untuk lelaki ye...orang pompuan pun boleh sebenarnya
kita orang ni pulak...tak telan kapsul tu macam tu aje
kita orang campur dengan air Nescafe
masyaallah...pahit rasa dia...memang stok kerut2 dahi lah masa minum tu
tapi, bila dah selalu-selalu sangat minum
sekarang ni kalau minum nescafe tak sah kalau tak letak sebiji
pastu, pantang kalau walid buat air nescafe
memanjang tumpang semangkuk

kesan nya???  awal2 tu walid pun terkejut
memang banyak betul energy umi 
balik rumah...umi boleh masak untuk makan malam
boleh basuh baju...sampai lah meng iron baju
bayangkan...pukul 9pm umi masih gigih lagi buat kerja???
sampai satu tahap walid tanya "awak ni tak reti duduk diam ke? tak penat?"
"entah...macam banyak energy...sampai tak tau nak buang kat mana"
hahahahaha...
tapi, memang betul...itu lah yang umi rasa

kalau kita tengok pun Nu Prep ni 
dirumuskan secara saintifik untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan lelaki (perempuan juga)
meningkatkan kesihatan dan kecergasan
meningkatkan tenaga dan menguatkan badan
memulihkan kelesuan
dan melancarkan peredaran darah

alhamduillah dah lebih 4tahun umi amik Nu - Prep ni
masih lagi mengekalkan stamina
jadi, anda bagaimana???
nak cuba??? jangan lupa hubungi umi

__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*


20140715

Pasal Makan Lagi

Assalammualaikum,

jomlah kita lambakkan dua cerita dalam satu post
dua2 pun citer pasal makan
hurm,,, bulan2 puasa ni memang syok citer pasal makan
citer pasal masak...citer pasal makanan
citer pasal keinginan...teringin nak makan tu makan ni
kalah mak buyung memang sedia mengidam
hai la hai...nafsu...nafsu...nafsu makan

yang ni citer sebelum puasa...lamanya
masa ni anak2 tak sekolah
amik result exam kat sekolah...terus boleh balik
umi pun bawalah anak2 ke opis
eh!!!  umi dah citer ye pasal result exam anak2 umi???
dah kot kan...alhamdulillah...walaupun ada yang perlu diperbaiki sana sini

orait...masa ni mood nak lunch kat makcik memang macam jebon
bila dah dekat nak puasa tekak ni mengados...tak nak makan tu lah
nak makan ni lah...ingat ada orang nak layan???
bila tak de orang nak keluar lunch...anak2 pun dah bising kelaparan
cut it short...jom kita order pizza...settle masalah lapar



ha tu dia...!!!  beli dalam box...senang...semua ada
anak2 umi ni memang tak berapa suka sangat pizza
kalau makan kat pizza hut...yang dorang makan pun
garlic bread...mushroom sup...spagethi (favorite Hfiy)
tapi, hari tu...sebab lapar sangat...masing2 makan tak hengat dunia
masa ni kita orang order box promotion untuk world cup
memang complete dengan pizza, spagethi, chicken wing, garlic bread, mushroom sup
cukuplah untuk 3orang yang sedang kelaparan ni makan
makan macam 10tahun tak makan...rasakan
selalu suruh makan...mengada sangat kan???....pilih tu pilih ni
bila dah lapar...tak mampu nak memilih lagi dah

______________________________________________________________

ni lak citer last friday...tajuknya IFTAR BERSAMA KELUARGA DI LUAR...gitu
kita orang memang jarang beriftar di luar...sebab memikir kan
rushing nak solat Maghrib...pastu nak solat Isyak dan Terawih
pastu kelam kabut makan
benda2 tu lah yang fikir 7juta kali nak beriftar kat luar
korang bayangkan beriftar di rumah...makan relaks je
kan best tu...mesti korang kata kita orang kedekut kan???
tak nak keluar duit...nak jimatlah...nak apa lah kan???
NO...NO...NO... tak baik cakap macam tu
itu belum lagi nak kena booking makanan
buka puasa pukul 7.30pm...7pm dah tercongok kat situ
meleleh air liur tengok makanan depan mata

dah puas membebel (tampar diri sendiri)...baru lah umi nak beritahu
hari tu kita orang beriftar di masjid negeri...kat situ ada satu kedai makan
nasi pak arab...tak lah sebest kat Cyberjaya tu
tapi, boleh lah...anak2 pun suka...umi dan walid pun happy
sekarang ni...tak de benda lain...yang penting anak2 happy...full stop!!!

kan dah cakap...nak beriftar di luar...kena keluar awal
kita orang sampai kat kedai makan tu...meja dah reserve
walid punya favorite nasi arab kabsyah combo mix lamb and chicken
tapi, dah habis...boleh gitu???
nak or tak nak kena gak amik nasi mandey (cam ni ke eja...belasah je lah ye)
pastu kena cari meja...pastu kena tunggu nasi sampai
bila nasi dah sampai...tenung nasi tu...hurm,,,





ni lah dia...nasi mandey (lamp and chicken)
memang nampak sikit kan???
haaaa!!!!  memang sikit pun!!! harga lebih mahal dari kombo
kuantiti lebih sikit dari kombo...apalah dorang ni kan???
bulan puasa ni hadap je lah...tak mo banyak komplen
aduhai...lastly, walid decide beli shawarma arab
shawarma arab ni lebih kurang macam kebab lah
tapi, bezanya dorang pakai roti arab
sedap lah...

malam tu...sampai je rumah
anak2 sibuk lapar...apa lagi walid pun bakarlah
daging burger 4keping
makan ramai2...dah kenyang...jom kita tidur
tidur pukul 12.30am
sahur pukul 3am...elok sangat lah tu!!!

ok lah...udah2 le tu citer pasal makan dan makanan
leleh2 air liur ni ha!!!  

__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*



Tak Rajin Pun Sebenarnya

Assalammualaikum,

ingat tak last week...tiba2 umi tak de idea nak masak apa
tapi, ada ikan keli dan kacang botol...pastu, gigih sangat tanya kat prof google
and that day,,, inilah hasilya...punyalah dah lama 
hurm,  hari ni baru ada masa nak post kat sini

kacang botol goreng...
bahan2 bawang merah, bawang putih dan udang kering 
tumbuk dan tumiskan...pastu masukkan sayur 
then, angkat dan sedia untuk dihidangkan...5minit dah siap
kalau tak suka udang kering (macam walid tak suka udang kering)
boleh digantikan dengan belacan
tips : tumbuk je udang kering tu sampai hancur
orang yang tak suka udang kering tak perasan pun
tapi, jangan letak banyak lah

yang ni lak ikan keli goreng berlada

pastu kita buat nasi goreng sikit
bahan2 : bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis (ditumbuk)
goreng ikan bilis dan asingkan
tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi, letak garam dan bahan perisa lain
pecahkan telur dan gaulkan...bila telur dan masak
terus masukkan nasi..kacau2 dan angkat...taburkan ikan bilis yang kita goreng tadi
that day,,, memang masak simple sangat tapi, anak2 makan bertambah
eh!!! korang ni...masak cam ni banyak lak korang makan
bila masak yang best2 tu...tak nak dorang makan banyak2
entah2 umi je kot yang kata best...anak2 tak best pun

sambal sotong kering

AYAMAS drummet ayam goreng

sambal sotong & drummet goreng ni last week kita orang buat nasi lemak
hari kerja gigih buat nasi lemak
sotong kering tu dah simpan lama...dah rebus then, simpan dalam beku
bila nak masak...keluarkan,,, bila dah lembut terus je masak
tu yang cepat tu...kalau nak tunggu rebus sotong kering tu
boleh nangis dibuatnya
nasi lemak dan ayam goreng...memang meletops!!!
anak2 umi memang favorite dorang ayam goreng
hari2 ayam goreng pun dorang boleh lompat2 happy
mak kau yang pening

last Saturday buat nasi ayam
tapi, tak amik gambar pun
sebab biasanya weekend kita orang berbuka puasa di masjid
masak2 kat rumah...pack barang2...then, bawa gi masjid
memang ramai orang berbuka puasa kat masjid
masing2 bawa makanan sendiri
sapa yang nak amik makanan yang disediakan pun boleh juga
tapi, tak daya lah nak beratur ramai2 tu
memang lain suasananya
sapa yang nak join jomlah!!!
kita buat potluck iftar di masjid negeri Shah Alam

__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja *

Salam Nuzul Quran

Assalammualaikum,


dan selamat bercuti kepada semua yang bercuti
hari ni umi kena kerja ya!!!
gigih kan???
first time tak amik cuti untuk Nuzul Quran
oh ya!!!  mesti semua tertanya2 kenapa umi kerja lak???
Selangor kan ke Public Holiday hari ni
ni...nak habaq mai
HQ umi kan ke kat Negeri Sembilan
Negeri Sembilan tak amik cuti Nuzul Quran
jadi kita orang pun kena ikut dorang lah
lagi satu total Public Holiday kat Selangor is 18days per year
tapi, company sangat berbesar hati untuk beri 16day sahaja
kita ikutkan ajerrrr yeeee
jadi hari ni kita buat kerja light2 aje
customer pun cuti
macam sunyi je
anyway,,,,  semoga hari ni menjadi hari yang terbaik untuk semua
dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh ALLAH
amin!!!

__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*

PROJEK IFTAR RAMADHAN

*sticky post*
~ please scroll down for new entry ~

Assalammualaikum,

Bulan Ramadhan ni masing2 berebut2 untuk menambahkan amal kebaikan
pelbagai cara kita boleh lakukan
antaranya adalah dengan bersedekah
jadi di sini umi nak war-warkan 
PROJEK IFTAR RAMADHAN pada tahun ini

*please enlarge for better view*
sebenarnya projek ni dah pun bermula tahun lepas
tapi, dibuat secara kecil-kecilan
jadi tahun ni decide untuk buat secara lebih meluas
kalau last year makanan hanya dihantar ke masjid-masjid insyaallah tahun ni akan dihantar
ke surau, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz
kepada sesiapa yang berminat bolehlah menyumbang

anda boleh terus menghubungi

Cik Mai : 010 - 807 2113 / 016 - 262 4277


20140714

ALIFAH KOPI HERBA - Testimoni 2

Assalammualaikum,

hai!!!  dah lama kan tak update pasal produk kesihatan ALIFAH KOPI HERBA
so now nak share dengan semua pasal testimoni 
orait,,,  tak boleh nak up gambar or video
jadi umi cerita je lah ek!!!
kita orang ada sorang neighbour...ada ramai neighbour lah sebenarnya
tapi, nak cerita pasal testimoni ni lah
he is Indian guy...nama dia Alex...dia dok tingkat atas
single parents dan ada sorang anak lelaki
dia memang ramah dan selalu gak lah berbual dengan walid
kalau balik kerja kengkadang tu terserempak lah dengan dia dan berbual
last year...dalam bulan October or November cam tu
ada satu petang tu...terserempak dengan dia
sama2 baru balik kerja
then, suddenly dia mengadu yang dia sakit pinggang dan susah nak buang air kecil
dia beritahu juga yang dia ada sakit batu karang
memang kesian lah tengok muka dia masa tu
so - kebetulan walid bagi lah ALIFAH KOPI HERBA ni kat dia
walid ajar lah
"u letak satu sudu ALIFAH KOPI HERBA dalam gelas...letak air...then, kacau...minum satu hari dua kali...pagi satu gelas...malam satu gelas"
walid beritahu lah pasal pengalaman walid sendiri kat dia
walid juga pengidap penyakit batu karang suatu masa dulu
refertestimoni
then, dia pun ok
dan sejak tu pun...kita orang pun tak pernah lah tanya
ok ke tak ke dia amik ALIFAH KOPI HERBA tu
tapi, nampak dia dah sihat lah

then, awal bulan Julai hari tu
dahi dia dah kerut2 jumpa walid
terserempak masa balik kerja jugak
dia tanya,,, pasal ALIFAH KOPI HERBA 
dia kata sakit batu karang dia datang balik
Allahuakbar...kesian sangat kat dia
dan kebetulan masa tu kita orang dah kehabisan stok
so promise kat dia...bila stok dah ada kita orang bagi tau
cepat2 restock ALIFAH KOPI HERBA dan inform kat dia
few days lepas tu
walid update balik dengan dia
dia kata dah ok...dah lega dan rasa dah sihat
walid pesan kat dia 

"lepas ni, jangan berhenti minum...pagi segelas...malam segelas...kalau sudah ok...boleh kurangkan minum...satu hari satu gelas...dan jangan lupa minum air suam banyak"

hurm,,,  anda punya masalah yang sama dengan Alex???
cubalah ALIFAH KOPI HERBA
semoga dengan usaha anda
doa dan tawakal pada ALLAH
dapat mengurangkan sakit yang anda hadapi
insyaallah

__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*

jangan lupa tau!!!





Cerita

Assalammualaikum,

hai!!!  dah lama kan tak bersiaran di sini???
busy???
banyak perkara yang perlu diuruskan
dan ada beberapa perkara yang mengejut dan tiba2 berlaku minggu lepas

hari ni hari Isnin
Aisy masih berpuasa penuh...alhamdulillah
Hfiy dah tinggal 3 or 4 hari puasa
mula2 puasa tu kan sakit perut
lepas tu pasal gigi dia pulak...isk3
gigi bahagian depan tu...orang panggil gigi kapak ke apa tu
dah lama dah tanggal...dah few months macam tu lah
gigi bawah yang tumbuh dulu
umi dan walid pun macam pelik2 lah juga
apsal gigi tak tumbuh...padahal Hfiy suka minum susu kambing
selalu berebut dengan walid
kengkadang tu sorok2 kalau nak minum susu kambing
bila umi dok tengok2 baru perasan yang gusi dia lebam...macam bengkak
then, Hfiy kata sakit kalau umi tekan kat gusi tu
walid decide untuk bawa gi dentist
tapi, Hfiy taknak bila dentist tu suruh operate gusi dia
few days lepas tu, walid bawa lagi gi dentist lain
klinik yang kita orang selalu pergi
dentist ni pandai pujuk Hfiy
menurut dentist tu...gigi Hfiy nak keluar tapi, blocking
gusi tu macam tak terbuka,,, that's why lah gusi tu bengkak dan lebam
lebam tu adalah darah beku...then, dentist have to buat minor operation
bila dah keluarkan darah beku,,, 
kena potong sikit gusi Hfiy bagi laluan kat gigi nak keluar
alhamdulillah...Hfiy ok,,, walid kata tak nangis pun
dentist tu pun pandai dia suruh Hfiy tutup mata
tak tunjuk pun jarum yang nak cucuk kat gusi Hfiy
jadi Hfiy pun ok lah...yang paling Hfiy suka bila dentist kata
"tak payah puasa dan makan ice cream untuk release sakit tu"
wah!!!  apa lagi senyum sampai telinga lah...syok nya!!!

as usual Monday, pergi sekolah mesti ada drama
Hfiy lah...drama king...mesti menangis
sebelum2 ni umi layan juga lah hantar sampai kelas
yang geram bila dah hantar sampai kelas
dia lari kejar umi...isk3
pastu ustazah dia pulak lah yang melayan
la ni...minta tolong Aisy je bawa dia gi kelas
pastu, kena lah cakap...nanti walid marah lah
apa lah...insaf lah dia sekejap
tak leh langsung cuti lama...bila cuti lama je
meragam
hurm,,, kalau awal tahun tu takpe lah juga
ini dah masuk bulan Julai
aduyai!!!  

kat opis rutin masih macam biasa
kerja...kerja...
cari rezeki...cari rezeki
ok
doa yang terbaik untuk anda semua
semoga dipermudahkan segala urusan
dan sentiasa di bawah lindungan ALLAH



__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*

mari!!! mari!!! mari!!!



20140709

Sembang

Assalammualaikum,

dah petang2 cam ni dah kurang fokus pada kerja...huhuhu
hari ni nak masak apa ek???
pagi tadi dah keluarkan ikan keli
tanya dekat en google resepi ikan keli
dan inilah hasilnya


ikan keli masak lemak cili padi
tak mungkin kot
lemak2 amik masa nak masak,,, tak sempat siap
umi ni dah macam rancangan masterchef
ada lebih kurang 1jam je nak masak
walid amik kat opis pukul 5pm sampai rumah lebih kurang 5.15pm 
kalau tak menyinggah mana lah
sampai rumah terus masuk dapur
lepas tu siapkan apa yang patut
solat Asar dulu...sambung masak balik
pukul 6.30pm pergi mandi dan masuk dapur semula
nak buat air dan persiapan lain
selalu nya walid mesti tolong masak
tapi, kalau bab menghidang minta tolong anak2
Aisy rajin tolong umi senduk nasi, cuci kurma, 
hidang air dan gelas atas meja

ikan keli bakar juga tak mungkin
sebab dua hari berturut2 buat ikan bakar
hari Ahad ikan merah bakar (kat rumah mak)
hari Isnin ikan pari bakar

yang ini mungkin kot
senang dan cepat...hurm,,,
tapi, tak tau nak pair dengan sayur apa
mungkin kacang botol goreng belacan kot 
huhuhuhu

semalam umi masak sup tulang ayam campur kentang 
walid lak buat ayam goreng tepung (macam KFC tu)
tapi, tak amik gambar
walid yang request semuanya
hari ni bila tanya nak masak apa?
apa2 lah
kalau apa2 lah...memang apa2 lah umi masak ye
kawan2 camne???  dah ada idea???

__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*

jangan lupa tau!!!