20140715

Tak Rajin Pun Sebenarnya

Assalammualaikum,

ingat tak last week...tiba2 umi tak de idea nak masak apa
tapi, ada ikan keli dan kacang botol...pastu, gigih sangat tanya kat prof google
and that day,,, inilah hasilya...punyalah dah lama 
hurm,  hari ni baru ada masa nak post kat sini

kacang botol goreng...
bahan2 bawang merah, bawang putih dan udang kering 
tumbuk dan tumiskan...pastu masukkan sayur 
then, angkat dan sedia untuk dihidangkan...5minit dah siap
kalau tak suka udang kering (macam walid tak suka udang kering)
boleh digantikan dengan belacan
tips : tumbuk je udang kering tu sampai hancur
orang yang tak suka udang kering tak perasan pun
tapi, jangan letak banyak lah

yang ni lak ikan keli goreng berlada

pastu kita buat nasi goreng sikit
bahan2 : bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis (ditumbuk)
goreng ikan bilis dan asingkan
tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi, letak garam dan bahan perisa lain
pecahkan telur dan gaulkan...bila telur dan masak
terus masukkan nasi..kacau2 dan angkat...taburkan ikan bilis yang kita goreng tadi
that day,,, memang masak simple sangat tapi, anak2 makan bertambah
eh!!! korang ni...masak cam ni banyak lak korang makan
bila masak yang best2 tu...tak nak dorang makan banyak2
entah2 umi je kot yang kata best...anak2 tak best pun

sambal sotong kering

AYAMAS drummet ayam goreng

sambal sotong & drummet goreng ni last week kita orang buat nasi lemak
hari kerja gigih buat nasi lemak
sotong kering tu dah simpan lama...dah rebus then, simpan dalam beku
bila nak masak...keluarkan,,, bila dah lembut terus je masak
tu yang cepat tu...kalau nak tunggu rebus sotong kering tu
boleh nangis dibuatnya
nasi lemak dan ayam goreng...memang meletops!!!
anak2 umi memang favorite dorang ayam goreng
hari2 ayam goreng pun dorang boleh lompat2 happy
mak kau yang pening

last Saturday buat nasi ayam
tapi, tak amik gambar pun
sebab biasanya weekend kita orang berbuka puasa di masjid
masak2 kat rumah...pack barang2...then, bawa gi masjid
memang ramai orang berbuka puasa kat masjid
masing2 bawa makanan sendiri
sapa yang nak amik makanan yang disediakan pun boleh juga
tapi, tak daya lah nak beratur ramai2 tu
memang lain suasananya
sapa yang nak join jomlah!!!
kita buat potluck iftar di masjid negeri Shah Alam

__________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP & BEG BUNJUT

feel free to contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)


* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja *

No comments: