20140707

Salam Isnin

Assalammualaikum,

umi doakan semuanya berada di dalam lindungan ALLAH 
dan dipermudahkan segala urusan

hai!!!  macamana puasa???  hari ni masuk hari yang ke - 9
alhamdulillah
awal2 puasa hari tu badan memang agak lemau
sekarang alhamdulillah...berjaya mengatasi kelemauan itu
mungkin cuaca yang terlalu panas dan banyak aktiviti luar masa tu

setakat ni juga masih berjaya mengekalkan tahap kerajinan
masak untuk juadah berbuka puasa
belum pernah beli di Bazar Ramadhan
hanya sekali je beli martabak itu pun kat kedai makan 
yang kita orang biasa pergi breakfast tu

oh ya!!! last weekend nothing much
semalam pergi jeti...beli ikan, udang, sotong 
hopefully, cukup untuk sepanjang bulan Ramadhan ni
dan petang berbuka puasa kat rumah mak
walid masak mee goreng (masak kat rumah)
dan umi buat sup bayam 
dan bakar ikan kat rumah mak
kakak2 umi dok sebelah menyebelah,,, jadi almost every day
dorang akan hantar juadah berbuka puasa untuk mak
semalam kakak umi yang sulung tu bagi kuih buah melaka
kakak yang kedua lak bagi bakso
siap bungkus untuk umi juga...hehehehe
bawa balik dan makan selepas solat terawih

malam tadi berkesempatan berterawih di masjid
masjid umi dan walid nikah...11tahun yang dulu
terharu sangat...setelah 11tahun baru kembali ke sini
bersama dengan anak2
terbayang je...umi sampai masjid dengan makcik dan bestfriend umi
lepas tu jumpa family walid
tengok muka walid yang masa tu kalau toreh muka memang tak keluar darah
memang nervous sangat...umi relaks je...padahal dalam hati dag dig dug
dan alhamdulillah
telah berjaya melalui fasa itu...dah 11tahun pung
"inilah masjid umi dan walid nikah dulu"
anak2 senyum jerrr...entah apa yang dorang faham

nak beritahu sebenarnya yang imam solat terawih kat masjid tu
student yang baru grad...belajar kat Madinah
hurm,,,  terus berdoa semoga Aisy dan Hfiy dapat belajar kat sana
di bumi arab...bumi para anbiya
amin!!!


_________________________________________________________________ 

nak order ALIFAH KOPI HERBA & BEG BUNJUT???

contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)

* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*

sementara stok masih ada!!!



No comments: