20140702

No Idea

Assalammualaikum,

boleh tak tulis tajuk entry macam tu...???
hahaha...tak kisah lah kan...
anyway, hari ni dah hari ke 4 kita berpuasa
syukur alhamdulillah...
diberi peluang dan kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini
puasa kali ni tak tau kenapa badan rasa lemau sangat
mungkin cuaca yang sangat-sangat panas
then, dua hari terawal tu travel
tu yang kehilangan energy

terus istiqamah insyaallah
hari ni alhamdulillah
macam getting better

Aisy masih bertahan 
Hfiy dah kantoi dua hari 
sebab Hfiy muntah2
makan terlalu banyak kot masa berbuka puasa
perut terkejut
dari kosong...tiba2 padat dengan nasi goreng
jadi kepada ibu2 di luar sana
pantau pemakanan anak2 pada bulan Ramadhan ni
agar kesihatan mereka terjaga
seboleh mungkin sediakan makanan di rumah
elakkan dari membeli makanan di luar
tapi, kalau ibu yang berkerjaya kita pastinya tidak dapat mengelak daripada membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan kan???
oleh itu, pilihlah gerai yang bersih 
hurm, boleh juling mata tengok makanan kat bazar tu

setakat ni alhamdulillah
kami sekeluarga makan secara berhemah
satu lauk dan satu sayur sahaja
semalam masak sup telur burung puyuh
walid teringin sangat...jom kita layankan ajer
goreng ikan keli en abg ipar bagi
buat kueh teow goreng dan buat lempeng pisang
air cincau mesti ada...nescafe untuk walid, umi dan Aisy
Hfiy mestilah dengan milo dia
bersahur mesti ada ikan bilis goreng, telur goreng dadar
dengan kicap pun jadi lah

umi doakan yang terbaik untuk semua
semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki
dan selamat berbuka puasa
makan secara berhemah...ok???

_________________________________________________________________

nak order ALIFAH KOPI HERBA & BEG BUNJUT???

contact umi : 

016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)

* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*

sementara stok masih ada!!!


No comments: