Assalammualaikum,
hai!!! dah fikir juadah berbuka puasa hari ni??? memang pening kan kalau setiap hari kena fikir nak masak apa untuk family...setakat ni, umi dan walid masih rajin lagi menyediakan juadah berbuka puasa...alhamdulillah...dan masih lagi makan secara berhemah,,, tak membazir dan tak makan macam naga yang dah 10hari tak makan
semalam umi buat lempeng pisang...balik kampung hari tu (mantai untuk sambut puasa), bonda bagi pisang...banyak sangat...umi lenyek2 terus simpan dalam peti sejuk...ada 3bekas...setiap kali buat keluarkan satu bekas...hari Ahad hari tu, balik umah mak...amik daun pisang
senang je pun nak buat lempeng ni...
mula2 lenyek2 kan pisang
tambah gula
tepung gandum
gaulkan juga kelapa parut (kelapa muda)
sukatan??? sesedap rasa
inilah hasilnya setelah dicampurkan semua bahan2 di atas
panaskan pan
ambil daun pisang yang telah dipotong mengikut kesesuaian
letakkan adunan tadi di atas daun pisang
ketebalan dalam 1/2" pun ok juga
letak atas magic pan yang telah dipanaskan tadi
balik2 kan sehingga adunan tadi masak
umi suka lempeng garing
cam ni lah rupa lempeng pisang yang telah siap
dan boleh dihidang untuk juadah berbuka puasa
walid dan anak2 suka sangat
umi buat tak banyak dalam 3keping je
kan makan secara berhemah
so - selamat mencuba kepada yang sudi mencuba
diharap resepi ni dapat memberi idea kepada semua
selamat berbuka puasa!!!
__________________________________________________________
nak beli ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP atau BEG BUNJUT???
nak beli ALIFAH KOPI HERBA, NU-PREP atau BEG BUNJUT???
contact umi :
016 - 211 4727 (whatsapp)
016 - 375 0094 (sms)
* COD pun boleh juga : area Shah Alam & Klang Sahaja*
No comments:
Post a Comment