1) Nilai Pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan : monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, fatty acid tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein, karotenen iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi dsb.
2) Sistem Imunisasi
Kajian yang dilakukan mendapati, Habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3) Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan alergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4) Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembetukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5) Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain
6) Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb) dan arthritis (bengkak sendi)
7) Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah
No comments:
Post a Comment