Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalah manifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan. Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah :
1) Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri
Anda boleh cium isteri anda sama ada di dahi atau boleh juga di mulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan "I LOVE YOU DARLING". Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat membri suntikan semangat pada si isteri dan si suami.

2) Sentiasa memberi pelukan pada isteri
Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.
3) Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik
Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali-kali meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.

4) Panggil isteri dengan panggilan yang manja
Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti "Dinda", "Honey", "Darling" dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.
5) Bergurau senda dengan isteri
Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan isteri gembira.
6) Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan
Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai di antara kita, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi, apabila sudah berkahwin, dibiarkan isteri berjalan berseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Buat tak kenal lagi...isk3...
Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh suami dalam membentuk diri menjadi suami yang lebih romantik.
Credit to : PakarHowTo.com share this info.
No comments:
Post a Comment