20111216

Sesuatu...

Bismillahhirrahmanirrahim...assalammualaikum,
Hari ni dapat keluar breakfast bersama yang tersayang
umi panggil ia 'date'
kat warung tu...umi baca suratkhabar
dan terbaca satu artikel yang bertajuk
PETUA RUMAHTANGGA LEBIH 'HOT'
attraction title right???
jadi umi pun bacalah...
kisah mereka yang sudah beberapa tahun berkahwin (lebih kurang 15tahun)
dia kata hubungan dengan isterinya sejak kebelakangan ini
menjadi lebih bermakna hanya kerana ada sebuah 'shopping complex'
yang baru dibuka beroperasi sehingga tengah malam...
jadinya, dia dan isterinya selalu mengambil peluang untuk
membeli barang (shopping) bersama (berdua sahaja tanpa ditemani anak-anak)
dan menurutnya, suasana itu sangat romantik
teringat kembali sewaktu zaman mereka bercinta...
tentunya suasana agak berbeza...tapi, menjadi sesuatu yang lebih bermakna...
tiba-tiba umi teringat pada seorang kawan umi
MAS RYNA...my very bestfriend...
sejak dari sekolah umi memang rapat dengan dia...
(bila ada masa nanti umi akan cerita pasal dia...)
MAS pernah beritahu umi yang dia akan lebih kurang sebulan sekali
keluar 'dating' dengan suaminya...makan...tengok wayang...'window shopping'...
masa tu umi baru sahaja lebih kurang 3tahun mendirikan rumahtangga...
umi ingat lagi apa yang umi beritahu dia bila dia kata...
you should do yan...
umi cakap : tak sampai hati lah nak tinggal anak dengan baby sitter
then, u enjoy with your hubby...i don't think so i can do...
dia jawab lagi : bukan lama...tinggal anak sekejap je...kena buat macam tu yan...
umi mengambil masa yang agak lama untuk buat macam tu...
first time dating with my hubby without my kids...
rasa sangat-sangat bersalah...
tapi, bila dah dua tiga kali...
perasaan tu jadi lain...apa yang pasti kami akan keluar 'dating'
masa birthday walid...pergi makan...tengok wayang...
ok lah...credit to MAS...dia yang nasihatkan umi untuk melakukannya...
and it's worth...
sebenarnya, tak semestinya keluar makan atau tengok wayang...
balik kampung pun boleh (menempuh perjalanan yang jauh tanpa anak-anak)
tentunya akan jadi lebih romantik
temankan suami jumpa 'client' bila isteri cuti atau tidak bekerja...
beli barang-barang dapur...
bercuti berdua tanpa anak-anak...
a lot of thing you can do together
yang penting melakukan sesuatu untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri...
dan semoga anda yang membaca (mereka yang sudah berkahwin)
akan mempraktikan petua nih...
semoga anda akan lebih bahagia...
amen!!!

No comments: