20120130

Get Well Soon

Pergi melawat staf di hospital kerana kemalangan malam tadi...
Umi bukan seorang yang suka pergi hospital...
kerana umi takut dan fobia tengok orang yang tak sihat...
umi sendiri pernah duduk 2minggu di hospital...
nightmare...
tapi, oleh kerana staf tak sihat jadi umi dan staf-staf lain pergi melawat dia...
sangat menginsafkan...
bila semua mangsa kemalangan kat dalam wad tu...
ini bukan jenis yang patah...ini yang jenis agak kronik...
means that, cedera di kepala, kena tebuk leher...yang pengsan dan tak sedarkan diri...
rasa macam nak cakap dengan semua orang jaga keselamatan di jalanraya...
umi rasa mat rempit-mat rempit tu elok kalau dibawa ke hospital untuk menginsafkan dia orang
tak pun mana-mana budak-budak yang baru cukup umur nak ambil lesen...
bawa dia orang melawat wad nih...supaya mereka insaf
dan sentiasa menjaga keselamatan semasa memandu di jalanraya...
on the way balik tu pulak...
ada seorang perempuan (dalam lingkungan umur 19 - 22tahun)...
bawa motor sambil ber 'sms'...dan masa tu di selekoh...
perghhhh!!! terror giler...staf-staf umi yang lelaki pun takut tengok that girl...
biar betul???...apa yang dia orang fikir...adakah sms tu lebih penting
atau
nyawa yang lebih penting...
bukan hanya melibatkan diri sendiri...malah orang lain yang tidak berdosa...
umi sangat bersyukur sebab attend defensive driving training last year...
walaupun umi tak memandu (don't know how to operate the machine)
tapi, at least umi selalu mengingatkan orang lain...
yang terdekat ialah insan tersayang "walid" umi selalu pesan...
pakai safety belt...kerana kemalangan yang tercampak keluar...tu semua sebab tak pakai safety belt...pakai safety belt tak lama pun...
sekejap sahaja...tapi, impactnya...adalah keselamatan diri sendiri...
atau malu pakai safety belt "macam skema je"...biarlah orang nak cakap skema ke apa ke...yang penting...nyawa...nyawa tu beb...
anak-anak kita masih kecil...masih memerlukan kita untuk membesar...
jadi jangan berhenti untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri sendiri...

No comments: